Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Thursday, April 30, 2009

KENYATAAN MEDIA Pembela atas isu agama anak

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUH AN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 APRIL 2009 / 4 JAMADILAWAL 1430

Kami pertubuhan-pertubuh an NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi. Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

We, a coalition of Islamic NGOs under PEMBELA call upon all Malaysians to be calm in facing the religious issue emerging out of the case concerning Muhammad Ridzuan Abdullah and Indira Ghandi. This call is based upon our concern that it may affect the harmonious relationship between races in this country.

Perbicaraan kes ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami merayu semua pihak yang berkenaan dan yang mempunyai kepentingan supaya tidak mengambil kesempatan atau memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

The case is still in the courts, both Syariah and Civil. PEMBELA holds the opinion that the due process of law be let free to take its own course without any undue pressure from any party. We call upon all those involved and other interested parties to refrain from taking advantage arising from any differences between the Syariah and Civil Courts.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia umumnya, secara adil dan saksama. PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia bertemu dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

Until the harmornisation of the laws is achieved, PEMBELA urges all parties to respect both the Syariah and Civil Laws. PEMBELA will continue to abide by the teachings of Islam and will continue to discharge its duties and responsibilities in upholding the rights of Muslims and Malaysians in general, justly and equitably. PEMBELA is currently undertaking an indepth study in the area of conflict between the Syariah Laws and the Civil Laws. We are ready to meet anybody in our quest for the best resolution.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah dan rundingan membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kestabilan Negara.

In attending to any conflict involving Syariah and Civil legislations, PEMBELA suggests that a long-term solution that serve the common good be worked at. Any differences in opinion need to be channelled through a thorough intellectual discussion and negotiation involving all the stakeholders. In this way any contention can be resolved without affecting the stability of the state.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

We urge our Muslim community to continue our supplications to Allah with the performance of solat hajat and other prayers so that this issue will be resolved amicably and that harmony in Malaysia be improved through mutual understanding, muhibbah and solidarity amongst all races.

Bagi Pihak PEMBELA

Seminar Muzakarah Fatwa Isu Aqidah Kontemporari

Saya diminta oleh Jamaiy Perak serta Teras Perak untuk menjadi wakil ke Muzakarah Fatwa Isu Aqidah Kontemporari anjuran Jabatan Agama Islam Perak, INTIM serta INFAD (Institut Pengumpulan dan Penyelidikan fatwa Sedunia) USIM. Muzakarah ini adalah peringkat negeri Perak dan merupakan salah satu usaha Institut Tadbir Agama Islam (INTIM) Perak serta kerjasama INFAD untuk menyebar luaskan kefahaman berkaitan kesimpulan fatwa-fatwa terkini yang telah dibuat. Selain saya Saudara Nazri, Tarmizi dan Haji Zamanhuri juga hadir sebagai wakil Jamaiy Perak.

Pada asasnya muzakarah ini adalah suatu usaha yang bernilai serta menjadi medium untuk menyebar luaskan keputusan mufti dan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kepada masyarakat di pelbagai peringkat. Adalah suatu yang murni dilakukan juga usaha sebegini oleh kerajaan negeri lain juga.

Saya amat tertarik dengan penyampaian idea mutaghayyirat Islam dalam beberapa segi dan aspek terutama melibatkan fiqh yang tidak consensus serta boleh diperdebatkan untuk maslahah umum. Isu seperti Bukan Islam boleh menyentuh dan membaca Al Quran untuk maslahah dakwah, isu muzik, isu menjawab salam bukan Islam dan sebagainya disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah JAIPk sendiri.

Fatwa dan keputusan mufti berkaitan isu Yoga dan penggunaan istilah Allah oleh mana-mana gerakan missionary bukan Islam diperdengarkan.

Saya ada member cadangan dan lontaran agar pihak INFAD serta JAIPk agar bersaing dalam media utama Negara baik dari segi media cetak mahupun elektronik. Media yang dimanipulasikan oleh golongan yang skeptical dan prejudis dengan Islam perlu dipandang berat oleh pihak INFAD untuk mendapatkan kesan efektif dalam mendidik masyarakat agar faham dan tahu fungsi fatwa. Bukan sekadar menggunakan media dan merancakkan media cetak, INFAD serta INTIM perlu juga memiliki tenaga progressivism untuk berdialog dakwah bersama kelompok human right, liberalisasi agar isu hebahan dangkal mereka berkaitan isu fatwa boleh terjawab. Berdepan sendiri dengan kelompok ini adalah suatu usaha aktif yang perlu dijalankan malah di Negara ini, pandangan ulama kadangkala terpencil akibat modus operandi yang pasif.

Saya melaporkan lontaran idea saya berkenaan kepada Cikgu Azmi Abdul hamid, Presiden TERAS. Beliau menginagtkan saya agar menulis surat kepada Dr Zulkifli Bakri (Timbalan Pengarah INFAD USIM) agar tindakan susulan perlu mereka jalankan untuk merealisasikan isu muzakarah berkenaan. Insaya Allah akan disiapkan dan akan dihantar kepada pihak INFAD. Malah kerjasama baik serta program bersama di lapangan boleh dilakukan anytara INFAD dan TERAS untuk memaksimakan kesannya kepada masyarakat akar umbi.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media Jamaiy Perak
Setiausaha Teras Perak





Tuesday, April 28, 2009

PERSIDANGAN KHAS DAN FORUM ULAMA’ PERTAHAN MARTABAT BAHASA

PERSIDANGAN KHAS DAN FORUM
ULAMA’ PERTAHAN MARTABAT BAHASA

Anjuran
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)
Persatuan Penyokong SAR (PPSR)
15 JamadilAwwal 1430 H/ 10hb Mei 2009

TEMPAT : IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Maghrib
Sidang Khas
Pembentangan ”Memorandum Ulama Mempertahankan
Martabat Bahasa”

Mohd Azmi Abdul Hamid (TERAS/SHURA)
Wan Tarmizi Abdul Aziz ( PPSR)
Hasni Abas ( GMP )
---------------------------------------------------------------------------
Selepas Isyak
Forum Khas
“Rakyat Menolak PPSMI”

Bicara Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said
Ust Abdul Ghani Shamsuddin (SHURA)
Hanipa Maidin (Peguam Kes Saman anak YB Datuk Seri
Datuk Nizar Jamaluddin terhadap Kerajaan)

Deklarasi Ulama Isu PPSMI
Pertanyaan : Penyelaras Program : Ustaz Wan Ahmad Tarmizi :019-5101772 / Nuruddin (017 6291368)

Sunday, April 26, 2009

Kerajaan dinasihat tidak mendahului Majlis fatwa Kebangsaan


Kerajaan dinasihat tidak mendahului Majlis fatwa Kebangsaan.

Jamai’y Perak berpendapat bahawa keputusan kerajaan meminda dan menetapkan keputusan kepada kes mahkamah Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam dalam hal jagaan anak adalah tidak tepat dari segi bidang kuasa.

Sebelum ini pihak kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, mengisytihar bahawa Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah iaitu anak dan perkahwinan yang didaftar melalui mahkamah sivil perlu dibubar melalui mahkamah berkenaan juga bukannya Mahkmah syariah walaupun selepas salah seorang pasangan menganut Islam.
Timbalan persatuan Peguam Syarie Musa Awang juga berpendapat bahawa, keputusan Kabinet itu telah menjangkau bidang kuasa perundangan mahkamah kerana bidang mahkamah perlu bebas dari campur tangan eksekutif.

Pihak kerajaan juga dilihat mendahului majlis fatwa kebangsaan serta mufti dalam penetapan sebarang hukum berkaitan agama Islam. Jamai’y tidak bertujuan mencampuri urusan perundangan akan tetapi ingin mengingatkan kerajaan bahawa bukan sekdar Pihak Peguam Negara diminta menilai pindaan keputusan ini, malah pihak peguam syariah serta Majlis fatwa Kebangsaan juga perlu diminta membuat kajian. Keputusan melulu pihak kerajaan bukan sekadar kelihatan tidk rofesional malah ia menjatuhkan maruah mahkamah sebagai suatu ruang bebas dalam meletakkan sebarang keputusan.

Pengerusi Jamai’y Perak

Monday, April 13, 2009

Media conference

Jamaiy Bersama Media
14 April 8.30 malam
Restoren Ayam Kampung
43-45 Jln Ali Pitchay Ipoh

Negara umat Islam sebagai jurubicara Isu Penjara Bagram

Assalamualaikum
Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

14 April 2009
Per: Negara umat Islam sebagai jurubicara Isu Penjara Bagram

Yang Amat Berhormat,
Saya merasakan betapa perlunya kerajaan Malaysia memerhatikan juga isu penindasan terhadap umat Islam yang kian parah di luar negara di samping terus meneliti kondisi tempatan dan kestabilan ekonomi negara. Kerajaan dengan barisan kabinet baru yang diterajui oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak juga perlu memulakan sesi pentadbiran pada kali ini dengan menjuarai isu umat Islam sekaligus menjadi duta diplomatik keamanan seranta.

Malaysia yang juga memimpin OIC boleh berperanan dengan berkesan jika kita terus-menerus melobi agar negara lain turut cakna dan aktif bersuara lantang untuk membela umat Islam sedunia. Kini umat Islam sedunia makin parah masa depannya akibat polisi Amerika yang semakin lama semakin terpesong daripada kempen awal counterterrorist policy mereka.

Obama yang berjanji untuk menutup penjara Guantanamo dalam masa setahun selepas mengambil alih White House masih kelihatan ragu-ragu apabila kita dikejutkan semula dengan pembelasahan tentera Amerika Syarikat yang lebih dahsyat terhadap 250 orang baki tahanan di Cuba itu. Alasan tahanan tidak dibebaskan hanya kerana takut tahanan tersebut tidak akan diterima di negara asal mereka adalah tidak diterima akal. Malah kini kerajaan Obama pula meluluskan pula RM 217 juta untuk melebarkan lagi penjara di Bagram Afghanistan. Penjara ini menampung hampir 600 orang tahanan Taliban di mana lebih kurang 3 kali ganda lebih ramai berbanding baki tahanan di penjara Guantanamo.

Apa yang lebih menyedihkan kita adalah pendedahan oleh Utusan Malaysia ( 13 April) yang menyiarkan kisah penjara Bagram yang hampir ketandusan unsur hak asasi serta kemanusiaanya. Tahanan dilarang dari memiliki hak Habeas Corpus yang boleh mencabar Amerika untuk mensahihkan justifikasi sesuatu tahanan dilakukan. Tahanan Guantanamo masih berpeluang memiliki hak pengadilan dan kepeguaman berbanding tahanan Bagram. Mungkin disebabkan penindasan Afghanistan kini kian tidak popular, berselindung disebalik bukit dan gunung- ganang, kekurangan liputan wartawan antarabangsa serta imej Taliban sendiri yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak menyebabkan penghakisan hak kemanusiaan di Bagram tidak digariskan dalam mana-mana kenyataan media secara jelas.

Jika benar Obama komited dengan polisi peneutralan polisi luar Bush yang agresif terhadap umat Islam, kerajaan beliau tidak patut menfailkan rayuan untuk membantah keputusan hakim Mahkamah Daerah, John Bates yang membenarkan Habeas Corpus dilakukan terhadap tahanan di Bagram. Jika keputusan Bates dibenarkan sekalipun, kita bimbang proses Habes Corpus yang memungkinkan pembebasan tahanan Bagram, tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kerjasama negara umat Islam lain mempromosikan bantuan kepeguaman terhadap mereka atau setidak-tidaknya bersuara agar dunia kembali berpaling sebentar ke Timur, untuk turut memerhatikan kekejaman yang berlaku di Afghanistan.

Bersempena penyiaran berita kekejaman ini, amatlah diharapkan barisan kepimpinan negara yang baru bersedia menerajui tindakan-tindakan proaktif untuk bersuara dalam isu-isu penindasan, kekejaman dan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa demi mencerminkan nama dan jatibangsa Malaysia sebagai negara yang pro keamanan sejagat. Semoga surat ini akan memberi suatu kesan positif untuk permulaan sesi peentadbiran Yang Amat Berhormat. Moga Allah merahmati Malaysia.

Sekian Terima Kasih

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Teras Pengupayaan Melayu (Perak)
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Hadapan 360 MKJ kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
017 6291368
jihadin82@yahoo.com