Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Saturday, October 30, 2010

NGO islam Perak bersetuju dengan bantahan perlaksanaan HAB HIBURAN MALAM

NGO islam Perak bersetuju dengan bantahan perlaksanaan HAB HIBURAN MALAM

Keputusan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan sama ada dalam bentuk cadangan atau consensus adalah suatu keputusan yang menjadikan Negara ini bertambah buruk di mata antarabangsa.
Pelbagai NGO dan pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM) membantah cadanga Perdana Menteri walau atas apa alasan sekalipun. Jamaiy selaku satu pentas himpunan pertubuhan Islam seluruh Perak memandang serius hal ini serta menggesa kerajaan megambil pandangan ulama’ dan ahli akdemik sebelum terburu-buru membuat keputusan.
Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa. Dahulu pihak kementerian Penerangan banyak menggariskan peraturan artis dalam negara sehingga melarang artis lelaki berambut panjang malah mengaharamkan filem dan drama seks dan seram tidak seperti yang bercambah banyak hari ini.
Jamaiy juga bersetuju dengan kenyataan Sohibul Samahah Dato’ Harussani, Mufti Perak yang berpandangan hasil perolehan negara daripada sumber aktiviti pusat hiburan, kelab malam adalah haram. Beliau ada berkata jika kerajaan mahu jadikan Malaysia hab hiburan malam bagi memacu ekonomi negara, maka perolehan negara itu hukumnya haram dan merugikan negara pada masa hadapan.
Pihak kerajaan juga perlu mencontohi usaha Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng dan dibantu oleh YAB Tim. Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman yang telah merangka rancangan untuk membina HAB PENDIDIKAN sebagai salah satu sumber untuk memacu industri pendidikan disamping pertumbuhan ekonomi Kerajaan Negeri.
Mengikut perancangannya, Universiti Al Azhar merupakan salah satu universiti yang terkenal di dunia akan dibawa masuk ke Pulau Pinang. Usaha ke arah itu telah dijalankan dengan menaikkan taraf pendidikan dan prasarana Sekolah Agama dipertingkatkan dengan harapan agar penuntut/pelajarnya kelak akan menjadi aset kepada pembangunan hab tersebut. Perancangan yang sebegini sewajarnya mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat.
Andai ada keuntungannya sekali pun dengan usaha transformasi ini, apakah ia mahu diraih di atas kemusnahan anak watan? Semestinya impak secara langsung pasti diterima oleh belia anak watan negara ini. Keghairahan Perdana Mneteri mengejar status negara berpendapatan tinggi dengan mengutamakan citarasa pelancong barat seolah membuka terus pintu kosmopolitan budaya negara ini sehingga kelihatannya redha dengan kekusuta moral dan budaya rakyat Malaysia kelak. Inilah satu bentuk transformasi negara yang bakal memusnahkan negara ini selepas transformasi judi sukan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan.
Jamaiy juga berpandangan Model Baru Ekonomi Negara kini semakin menampilkan wajah sebenar iaitu wjah sekular liberalisme secara total yang bakal dipacu hanya untuk mengejar ekonomi dan nama di persada dunia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluh tentang gejala sosial, diskriminasi wanita, dan keruntuhan institusi rumahtangga, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup tangan menangani krisis sedia ada, kini pihak kerajaan pusat ingin pula menambah statistik kerosakan moral belia dan rakyat tempatan.

Jamaiy Perak