Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Monday, October 19, 2009

Sekilas pandang Gerakan Aktivis Qariah Malaysia

Jamaiy Perak (Jaringan Permuafakatan Pertubuhan Islam Perak) dengan kerjasama TERAS dan CAP serta JAIPk berjaya menganjurkan Latihan Kepimpinan Organisasi Qariah peringkat negeri Perak pada 11 Oktober 2009 di Pusat Motivasi JAMAIY Seri Ampang.

Program ini berjaya mengumpul hampir 100 orang peserta mewakili qariah tertentu serta NGO-NGO yang bernaung di bawah Jamaiy Perak.

Saudara Nazri Sahat selaku koordinator Sekreteriat Kebangsaaan Gerakan Aktivis Qariah Malaysia telah menyampaikan dua sesi ceramah dan pembentangan slide sejurus selepas ucapan aluan oleh Ustaz Zulkifli (Timbalan Pnegerusi Jamaiy Perak) dan perasmian oleh Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al Hafiz (Pengarah JAIPk)

Kini telah hampir 1000 Qariah telah dibentuk dengan kehadiran 3000 orang aktivis qariah yang aktif.

Program adalah diilhamkan oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, iaitu Presiden TERAS Pusat dan Ketua Biro Pendidikan CAP dan ia masih dalam suatu proses pembinaan dan pengukuhan.

Program akan dating antaranya adalah 7 November 2009 (setiap sabtu pertama bulanan), 8 November 2009 (Latihan kedua Aktivis Qariah), 5-6 Disember 2009 Lawatan Kerja/Latihan di Pulau Pinang dan penyampaian sijil. Manakala seterusnya Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Daerah bulan 1-4 2010, Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Mukim bulan 5-9 2010 dan Program Advokasi Isu Aktivis Qariah bulan 10-12 2010

GAQM (Gerakan Aktivis Qariah Malaysia) adalah sebuah program yang mempunyai jiwa dan sifatnya yang tersendiri yang digariskan seperti berikut :

1. Berdasarkan Prinsip dan Amalan Aktivisme Kemasyarakatan Yang Sebenar

2. Non Partisan Politic ( Bukan berlandaskan politik kepartian ), Non Government ( Bukan Berlandaskan Sistem Dan Kaedah Gerakerja Kerajaan )

3. Non Profit ( Bukan Untuk Mencari Keuntungan Materialisme ) tetapi berteraskan CSP ( Community Support Programme )

4. Bebas, Mandiri dan Berdikari Tetapi Boleh Menerima Bantuan Dari Mana-Mana Pihak Yang Memberikannya Demi Perubahan Masyarakat Tanpa Kenaan Syarat Yang Melanggar Prinsip

5. Tersendiri, Teratur Dan Penyelarasan Yang Baik Melalui Pelbagai Bahan Yang Disediakan Secara Terbuka dan Bebas.

6. Menggabungkan Kepelbagaian Sumber Dan Tenaga Dari Pelbagai Pihak Terlibat

7. Berteraskan Al Quran, Sunnah serta Hikmah Demi Mencari Keredhaan Allah swt

Terdapat 16 bidang aktivisme kemasyarakatan yang ingin digerakkan agar masyarakat kita di qariah ini benar-benar terbina secara kaffah ( menyeluruh ). Ianya adalah seperti berikut :

1. Aktivis Hal Ehwal Kepenggunaan

2. Aktivis Hal Ehwal Alam Sekitar

3. Aktivis Hal Ehwal Kesihatan

4. Aktivis Hal Ehwal Pembangunan Luar Bandar & Bandar

5. Aktivis Hal Ehwal Pendidikan Qariah

6. Aktivis Hal Ehwal Keluarga Bahagia

7. Aktivis Hal Ehwal Ekonomi Mandiri

8. Aktivis Hal Ehwal Pembinaan Generasi Muda

9. Aktivis Hal Ehwal Pembangunan Wanita

10. Aktivis Hal Ehwal Sosial dan Budaya

11. Aktivis Hal Ehwal Pengurusan Sumber Qariah

12. Aktivis Hal Ehwal Membina Kepimpinan Qariah

13. Aktivis Hal Ehwal Membina Organisasi Tempatan

14. Aktivis Hal Ehwal Penghayatan Islam Kaffah

15. Aktivis Hal Ehwal Perhubungan Dengan Kerajaan Dan Agensi

16. Aktivis Hal Ehwal Kebajikan Qariah

Sasaran seterusnya adalah untuk menubuhkan sebanyak mungkin gerakan aktivis Qariah di serata negara.

Semoga usaha gemblengan wakil Qariah yang hadir dapat merealisasikan harapan untuk membina Qariah mithali yang menerapkan cara hidup positif, sihat, berjimat cermat, cemerlang serta soleh.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Media Jamiy Perak







Sunday, October 11, 2009

Bengkel Gerakan Aktivis Qariah Kebangsaan Peringkat PERAK (Siri 1)

Bengkel Gerakan Aktivis Qariah Kebangsaan (Siri 1)

Laporan oleh: Muhammad Nuruddin Bashah (SU Teras Perak)

Sesi 1 : Gerakan Kepimpinan Qariah- memahami Aspirasi, Perinsip, dan Gerak Kerja

Sesi 2: Keadaan Semasa Masyarakat dan Indikator Perubahan Komuniti Qariah.

Pembentang : Nazri Sahat

1. Pembentangan mengenai pertumbuhan komuniti fertility umat Islam dunia yang semakin bertambah. Pertumbuhan ini berlaku secara mendadak menjelang 15 tahun akan dating dan bertumpu juga di benua eropah dan Amerika Syarikat/Russia

2. Pembentang menerangkan dasar kerja Gerakan Aktivis Qariah Kebangsaan yang diasaskan oleh CAP dan TERAS , di Perak ia anjur oleh Jabatan Agama Islam Perak, Jamaiy Perak.

3. Diilham oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, iaitu Presiden TERAS Pusat dan Ketua Biro Pendidikan CAP.

4. Keterlibatan Saudara Nazri ke dalam CAP adalah untuk membawa balik pengalaman dan manual operasi khusus untuk rakyat Perak dan digunakan untuk kemaslahatan umat.

5. Kini telah hampir 1000 Qariah telah dibentuk dengan kehadiran 3000 orang aktivis qariah yang aktif.

6. Sijil latihan Aktivis akan dikeluarkan dan perlaksanaan adalah dititik beratkan.

7. NGO dan gerakan Islam jauh ketinggalan dalam aspek kepenggunaan, kehidupan dan elemen kritikal seperti isu gender, makanan dan krisis dunia berbanding NGO bukan Islam di serata dunia.

8. Pembentangan idea non-partisan politic, isu politik kebenaran, politik Islam, politik akhlak.

9. Bagaimana qariah aktif dan tahu mmenangani isu tempatan menurut saluran yang betul : contoh isu Pemancar Telekomunikasi di Masjid, isu parit pecah atau tersumbat akibat hakisan bukit.

10. Perbezaan perlaksaan perkhidmatan masyarakat (sosial service) yang dilakukan menurut saluran kerajaan dengan set kerja yang NGO daripada masyarakat tonjolkan.

11. Sasaran bengkel ini adalah menerbitkan organisasi kerja yang berstruktur menurut manual yang disediakan yang terdiri daripada Penyelaras, Jurulatih, Aktivis, Sukarelawan, ahli Qariah.

12. Terdapat peserta yang mengutarakan isu dakwah dan keterlibatan aktivis Qariah dengan non muslim. Saudara Nazri bersetuju menwujudkan Aktivis HE Integrasi Nasional.(Melibatkan PERKIM)

13. 50 jurulatih akan direkrut dan dihantar latihan ke P.Pinang dan Kedah bersama FORUM dan WEHDAH.

14. Walaupun NGO dan non partisan, Jamiy Perak releven untuk menghasilkan aktivis yang efisien kerana keterlibatan JAIPk dan Sheikh Mohd Nor (YDP Jamiy Perak) berjaya menarik AJK Qariah yang sedia ada.

15. Program akan datang:-

Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Daerah bulan 1-4 2010

Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Mukim bulan 5-9 2010

Program Advokasi Isu Aktivis Qariah bulan 10-12 2010

Persoalan:-

Haji Zainuddin (Seri Ampang)

Ingin maklumat perkaitan permasalahan perbezaan kuasa sebenar di peringkat Qariah antara jawatankuasa masjid, JKKK (P)

Haji Hashim (Qariah Kg Cangkat Larang)

Apakah langkah-langkah untuk merealisasikan tujuan utama Bengkel ini di Qariahnya.

Zhafran (Qariah Ulu Kinta Tambun)

Sesi 3: Memprofail komuniti Qariah : Kepentingan dan Kaedah.

1. Pembentangan slide kerosakan sosial golongan remaja, pelajar, belia.

2. Suntikan kesedaran kepentingan ada golongan rujukan atau pusat untuk belia mengadu.

3. Penyelesaian menurut ayat 208-209 Al Baqarah (Islam Kaffah.

4. Pertunjukan slide iklan petronas yang menyentuh jiwa.

5. Permulaan gerakan ini bermula dengan aktivis individu yang mungkin berpusat di rumah sendiri.

6. Langkah pertama memprofail komuniti di kampung sendiri dan isi borang profail sehingga lengkap.

7. Membina aktivis yang memiliki kepedulian sosial yang tinggi dan mengelak gejala ignorance (tidak menerma hakikat bahawa sekitarnya penuh dengan kerosakan).

Pembentangan

1. Haji Zainuddin ( Qariah Surau Al Huda Kg Seri Ampang)

a. YB ADUN jarang turun padang, Hamidah turun padang walaupun bukan ADUN depa

b. Diabetis, ghout (ramai)

c. Tiada klinik khas Cuma swasta (termasuk Klinik At Taqwa)

d. Jalan ok

e. Kecurian besi/logam selalu berlaku (bermusim)

f. Kelengkapan surau dicuri juga

g. 4 orang ibu tunggal (kematian suami)

h. Kawasan terbiar tidak terlalu banyak (Cuma ada kawasan pembinaan) Terjadi longgokan sampah

i. Pengajian surau hebat tetapi kehadiran hanya sekitar 20 orang sahaja.

j. Kawasan bersih Cuma longkang jarang dibersihkan oleh DBI

k. Masalah sosial pelajar politeknik ( 2 tangkap basah)

l. Kurang lepak (minor)

m. Merokok minor.

n. Kemiskinan – (tidak nyata, 5 keluarga)

o. Ekonomi- pegawai kerajaan, cina pertanian

p. Warga tua-pesara

q. Permasalahan utama- surau belum menjadi pusat gerakan dan tumpuan masyarakat.

2. Rai Yusuf ( Qariah Sultan Azlan Shah Manjong)

a. Rumah lebih kurang 3000, penduduk 10 000

b. Penyakit kencing manis, lemah jantung

c. Kemudahan asas-berlubang jalan raya(air pecah)

d. Masalah disiplin murid (ponteng duduk atas pokok dengan basikal ditarik sekali)

e. Hidu gam (Gum, vick dengan air kencing)

f. Yuran tidak bayar, ibu bapa bergadunh, krisis penceraian (masalah murid hingga ke sekolah)

g. Kes culik (penipuan ugut RM 400)

h. Ibu tunggal 6 orang (tiada wang)

i. Bantuan dari masjid dan Baitul Mal susah dapat untuk ibu tunggal.

3. Haji Yahya ( Qariah Al Mustakim Taman Meru)

a. Pelajar kerap ponteng sekolah ( 2sekolah rendah, 1 menengah)

b. Longkang kurang terurus. (pekerja lepak)

c. Bus tidak masuk taman.

d. Taman kanak-kanak terbiar.

4. Abdul Rasid ( Qariah Kg Tasek Ipoh )

a. Perlantikan jawatankuasa dipengaruhi oleh politik (masalah major)

5. Safiah (Qariah Kg Tersusun Batu 4 Tambun)

a. Penduduk bekerja profesional

b. Bersatu walaupun ada perbezaan hal politik.

c. Penyakit biasa

d. Masalah remaja baik.

e. Ramai ustaz (12 orang)

Sesi 4 : Membina Perspektif Diri Dan Komuniti – Membina Pemikiran Dinamik, Kritikal dan Original

Oleh: Cikgu Azmi (Presiden TERAS)

1. Cikgu mengambarkan betapa tenatnya sosio melayu berdasarkan feed back pengarah-pengarah filem Malaysia di seminar Penapisan Filem dan Pembentukan Masyarakat ( Anjuran KDN).

2. Ahmad tamimi Serigar mengambarkan penapisan filem bagaikan Dokumen Taliban.

3. Pemikiran pengarah Malaysia bukan menjuruskan kepada pembinaan tamadun, sejarah dan perjuangan sosial tetapi hanya fikirkan wang dan perlaburan mereka dana mengapa filem mereka tidak diluluskan.

4. Filem Raja Azmi ‘anu dalam botol’ dan Filem Gay belum diluluskan dan mereka hanya fokuskan mengapa ada peraturan penapisan Filem.

5. Persoalan Cikgu kepada YB-YB PAS dahulu ‘ anda semua sudah tiada kerjakah hingga ingin menjadi wakil rakyat”? Persoalan yang sama cikgu utarakan, adakah peserta ini tiada kerja hingga datang ke sini.

6. Sejauh mana masyarakat kita memahami konsep menghapus semua keberhalaan yang ada dalam masyarakat sejajar dengan kenyataan Syed Qutub. Keberhalaan syirik, bongkak, angkuh, sikap tidak peduli, ananiyyah, kerosakan sosial.

7. Realiti kelemahan melayu sepertimana artikel Azizi Abdullah dalam Utusan Pengguna berkenaan sepuluh melayu belum tentu setanding seorang Cina dari segi kualiti hidup, paradigma dan pengurusan sumber. Tanpa bantuan dan subsidi mereka boleh bangun dan membina empayar ekonomi dan sosial.

8. Mengapa Cina boleh menjaga tokong dengan duit sendiri, sedangkan Melayu gagal urus surau sendiri.

9. Contoh: Bila Devid Teoh bantah penapisan Filem dalam seminar KDN (yang diceritakan tadi), semua pengarah-pengarah filem berbangsa melayu tepuk tangan!

10. Ijtima Qariah Kebangsaan akan dibuat untuk memastikan perjalanan Qariah selaras dengan perancangan.

11. Cikgu terangkan ada budah 11 tahun terhuyong hayang kepadanya cerita cara bancuh air ketum dengan dibubuh racun tikus, ubat nyamuk ditumbuk dan taik lembu. Budak itu tinggal di Tanjung Dawai.

12. Input minda kena penuh untuk menjalankan sebarang kerja aktivisma. Cikgu Azmi mendisiplinkan dirinya membaca 3 buah buku sebulan, 7 akhbar sehari dan 37 majalah sebulan.

13. Jadilah Qudwah

a. Seluruh hidup saya adalah mesej saya

b. Peribadi Khuluqul Quran

c. Kebencian Allah Surah As Soff ayat 3

14. Jangan membeza-bezakan anak walaupun seorang. Hadiah dan ganjaran diberi sama sahaja walaupun akademik berbeza kerana penghayatan kepentingan setiap individu berbeza diterapkan kepada anak-anak.

15. Al Banna

a. Tidak keraskan suara di rumah

b. Tepati masa ‘kejutkan ayah 7 minit lagi’

c. Mengurus keperluan sendiri

d. Banyak menceritakan iktibar kepada si anak sejak kecil.

16. Bina perpustakaan sendiri.

Maklumat Tambahan:

1. Ijtima Bulanan Jamaiy Perak

7 November 2009 (setiap sabtu pertama bulanan)

2. 8 November 2009 (Latihan kedua Aktivis Qariah)

3. 5-6 Disember 2009 Lawatan Kerja/Latihan di Pulau Pinang dan penyampaian sijil.

Tugasan tambahan:

1. Maklumbalas isu tempatan oleh peserta kepada Nazri (Koordinator Kebangsaan)

Wednesday, August 19, 2009

Usaha Transformasi Sosial dan Qariah di Perak

Usaha Transformasi Sosial dan Qariah di Perak

Perlancaran Gerakan Qariah Negeri Perak berjalan dengan lancar sebentar tadi di Dewan Besar Masjid Ipoh. Program ‘realiti’ ini diusahakan oleh TERAS dan CAP bersama Jamaiy Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak.

Besar harapan Cikgu Azmi untuk membina kampung atau Qariah mithali seluruh negara di mana hampir 8000 qariah rasmi telah sedia ada di seluruh negara.

Sebelum ini pernah Cikgu menghulurkan manual dan projek qariah contoh sebegini kepada saya semasa saya masih bekerja di Pulau Pinang. Malangnya selepas puas mempromosi manual berkenaan, ia dipandang dingin oleh masyarakat di kampung asal saya sendiri.
Tetapi manual tersebut kini diperluaskan dan dikembangkan untuk dipraktikan seluruh negara. Malah sebelum ini pun Cikgu Azmi telah berjaya menerapkan manual ini di selatan Thailand serta didokumentasikan.

Program ini mensasarkan 300 Qariah di Perak untuk diaktivismekan serta diperkembang potensi untuk menjadi medan penyelesai permasalahan umat, masalah sosial dan kemelesetan kehidupan. Menjelang tahun 2012 pula seramai 1500 Teman (aktivis Qariah) disasarkan untuk dilatih.

Mujur juga Jamai’y Perak (Jaringan Permuafakatan Pertubuhan Islam Perak) telah berjaya membuka Pusat latihan Jamai’y di Ampang. 5 hingga 6 September nanti akan diadakan latihan Penggerak sosial Jamai’y. Kemurahan hati Dr Khairudin (Pengerusi Jamai’y) untuk mengeluar dana RM 50000 dalam usaha membina Pusat latihan tersebut adalah satu jasa untuk agama yang tidak terbalas. Tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang Jamai’y dan Teras berjaya mengumpulkan ahli qariah dan ajk NGO-NGO Islam seluruh Perak untuk merealisasikan hasrat mulia ini.

Pandangan salah seorang peserta bengkel tadi berkenaan pemisahan sosial dalam masyarakat adalah suatu realiti yang pelru difikirkan bersama. Masyarakat hari ini yang dibatasi dengan pagar tinggi dan tembok tebal di rumah masing-masing menyebabkan gejala ketidakterlibatan berlaku. Peminggiran masyarakat yang berpendapatan rendah seperti penggali kubur, peniaga kecil dan petani berlaku secara berleluasa walaupun dilaungkan persamaan taraf semasa khutbah-khutbah Jumaat serata Qariah.

Program ini pastinya akan disusuli dengan pembinaan tahap pertama Skima gerakan qariah ini iaitu melalui pembinaan aktivis seramai 5 orang. Teknik nukleus dakwah seperti sunnah Rasulullah ini diharapkan berhasil melalui kesedaran wakil-wakil qariah tadi selepas dimotivasi melalui video penindasan dan kesengsaraan umat Islam serata dunia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ajk Media Jamai’y Perak

Monday, August 3, 2009

PERBAHASAN MENGENAI KERTAS KONSEP PENUBUHAN MAPIM

PERBAHASAN MENGENAI KERTAS KONSEP PENUBUHAN MAPIM


ISMA - Aminuddin

MAPIM tidak terikat dengan politik, bebas dari kepompong parti
MAPIM wadah umat Islam

ABIM – Presiden

Memperkukuhkan jaringan Ngos
Tidak mudah untuk menjayakannya
Formula / kerangka untuk MAPIM
Menghormati DAN meraikan kepakaran

FORUM – Nizam

Terlalu banyak gabungan , mengulangi hasrat ex: ACCIN
Buat baru atau memperkasa yang sedia ada
Memaknakan sumbangan yang berkesan
Sejauhmana rakyat boleh memanfaatkan

PAKSI SENI – Haji Salleh Abu Bakar

Menerima penubuhan MAPIM

PEGUAM SYARIE MALAYSIA – Adhamjamalulail

Fungsi MAPIM penyelaras atau penerajui/ watak utama
Bersetuju MAPIM sebagai penyelaras

WEHDAH KEDAH – Dr Abdul Rahman

Bersetuju dengan penubuhan MAPIM
Bergerak dahulu kemudian kita perbaiki pendekatan

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA – Roslan

Matlamat qudus PUM bersetuju penubuhan MAPIM
Tidak Meletakkan Impak , kayu ukur kepada perjuangan
Masalah rakyat , didokong oleh pertubuhan Islam

PERKIM MALAYSIA – Dato’ Abu Bakar Asyaari

MAPIM mewakili Ngo yang diwakili
Cadangan MAPIM – MAPPIM



MACMA – Dr Fadli Cheah

Jaringan dengan bukan Muslim turut penting dirundingkan
Komunikasi dengan bukan Islam penting
MAPPIM dipersetujui untuk ditubuhan

MAJLIS TINDAKAN INDIA MUSLIM MALAYSIA – Dato’ Taslim

Menyokong penubuhan

Muzakarah Cendiakawan Islam

KENYATAAN MEDIA
28 Rejab 1430 / 21 Julai 2009


Jaringan Muafakat Pertubohan-pertubohan Islam Perak – JAMAIY menzahirkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Mufti Perak yang telah berjaya menganjurkan Muzakarah Cendiakawan Islam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke 81 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 21 Rejab 1430 bersamaan 13-15 Julai 2009 yang lalu. Jamaiy telah menghantar sejumlah besar perwakilan ke Muzakarah ini. Setelah mengikuti semua pembentangan Kertaskerja,perbahasan daripada peserta dan rumusan dalam Resolusi Muzakarah, Jamaiy mengambil pendirian dengan penyataan-penyataan berikut:-

1. PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM

Perlaksanaan Syariat perlu dilaksanakan dalam semua aspek berasaskan maqasid syar’iyyah untuk menjaga agama , akal , nyawa , harta dan keturunan Kami merumuskan bahawa sebuah perubahan besar dan holistik perlu dilakukan segera jika kita mahu menyelamatkan negara dan umat daripada kehancuran. Pendekatan penghayatan Islam secara KAFFAH yakni ajaran Islam seutuh dan kesatuan yang padu dan tidak boleh dipecah-pecahkan. Seluruh institusi istana,pemimpin Melayu,politik,birokrasi,pendidikan,sosial,ekonomi dan rakyat hendaklah kembali kepada Islam secara kaffah

ISLAM DAN MELAYU

Tidak ada jaminan sesuatu bangsa Melayu dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya melainkan sesuatu bangsa itu memiliki sejumlah sifat keunggulan menurut piawai ketuhanan. Yang jelas Melayu yang melucutkan Islam dari dirinya, akan terlucutlah juga kemelayuannya

INSTITUSI RAJA DAN ISLAM

Institusi Raja mesti benar-benar merealisasikan kehadirannya sebagai Ketua Agama Islam. Tidak hanya disambut secara simbol semata-mata.Seluruh kehidupan peribadi dan gaya hidup istana perlu dikondisikan secara Islamik. Peruntukan dalam perlembagaan perihal kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu perlulah diterjemahkan secara bersungguh agar Islam sebagai tunjang pemerintahan negara menjadi suatu realiti yang nyata. Umat Islam masih bersandarkan kepada raja sekiranya raja menunjukkan komitmen yang bersungguh dalam menegakkan kebenaran dan keadilan


ULAMA DAN PEMERKASAAN UMAT

Ulama dicirikan oleh kesolihan, pengabdiannya kepada Tuhan dan kebaktiannya kepada umat, Ulama juga harus diterima meluas dikalangan masyarakat. Ulama adalah tempat umat menaruh kepercayaan. Ulama juga berperanan sebagai pembimbing dan pendamping raja. Ulama mesti berani dan tangkas supaya raja ditundukkan kepada syariat dan diikat dengan amanah melaksanakan keadilan, justeru ulama berperanan menjambatani dua pihak antara raja pemerintah dan rakyat


KETIADAAN KOMITMEN PEMIMPIN POLITIK & KETUA JABATAN TERHADAP PROGRAM ISLAM

Jama’iy berpendirian bahawa komitmen pemimpin politik dan Ketua Jabatan terhadap program Islam yang bertaraf negeri sangat mengecewakan . Selama kira-kira 15 tahun program Islam diperingkat negeri ini yang menyentuh pelbagai isu yang punya kaitannya dengan kepimpinan dan urustadbir diabaikan begitu sahaja. Minat dan keperihatinan golongan ini sangat rendah. Sedangkan sebahagian bersar persoalan umat yang dibincangkan adalah dibawah tanggungjawab dan perlaksanaan kerjaya mereka. Sesungguhnya faktor komitmen mereka ini merencatkan kelancaran penghayatan Islam kepada masyarakat. Pemimpin politik dan Ketua Jabatan hendaklah memberi keutamaan terhadap program tahunan ini pada masa akan datang

KOMITMEN GERAKAN ISLAM

Dalam kontek pemerkasaan Umat , peranan gerakan dan pertubuhan Islam seharusnya dimanfaatkan. Gerakan dan pertubuhan Islam, Ngo Islam mempunyai kekuatan tersendiri menerusi wilayah dan jaringan pengaruh yang melebar, kepakaran dan pengorbanan anggotanya serta amal dan kerja yang berterusan. Justeru Jama’iy berpendapat kekuatan bersama hendaklah digembelingkan sepenuhnya demi perjuangan menegakkan Islam. Umat Kita Tanggungjawab Kita

MENGHADHAM PERBAHASAN ISU UMAT ISLAM DI PERINGKAT AKAR UMBI

Persoalan dan Isu umat Islam yang sering dibahaskan hanya mampu dikongsi oleh sebahagian kecil umat Islam yang terpilih. Sedangkan isu ini mesti turut difahami dan diberi penyedaran ke peringkat masyarakat bawahan. Kefahaman dan kesedaran hendaklah diperturunkan diperingkat qaryah.

PERLAKSANAAN RESOLUSI MUZAKARAH SECARA BERKESAN

Pencurahan ilmu dan maklumat daripada Cendiakawan dan ulama dalam setiap pembentangan dalam muzakarah sangat berharga dan bermakna sekali. Kebernasan pandangan dan bahan-bahan pemikiran peserta sering ditemui. Justeru pembaziran ilmu seumpama ini tidak berlaku saban tahun. Jama’iy ingin mencadangkan beberapa langkah tindakan yang wajar diberi perhatian demi sebuah dokumen yang sangat berharga :-

a. Mengujudkan sebuah Panel Pemantau dan Pelaksana Resolusi. Keanggotaan panel ini hendaklah diwakili dari pelbagai golongan.Panel ini diurusetiakan oleh Jabatan Mufti . Kekerapan bertemu dalam tempoh 3 bulan

b. Melantik kumpulan Jurubicara Muzakarah untuk menyampaikan mesej dengan pendekatan audio-visul yang dimermudahkan

c. Menerbitkan bahan-bahan bacaan berkala hasil daripada perbahasan makalah dan pembentangan dengan isi dan bahan yang dipermudahkan

d. Memberi mandat kepada JAMA’IY untuk melaksanakan sebahagian keputusan atau keputusan Resolusi Muzakarah dengan menterjemahkan dalam bentuk program

e. Meluluskan sejumlah peruntukan bagi kos pengurusan dan pengendalian semua program yang diputuskan


Dr Khairuddin Dato Abdul Malek
Pengerusi JAMAIY
Zulkifly Haji Ibrahim
Timbalan Pengerusi JAMAIY

21 Julai 2009