Jamaiy Perak (Jaringan Permuafakatan Pertubuhan Islam Perak) dengan kerjasama TERAS dan CAP serta JAIPk berjaya menganjurkan Latihan Kepimpinan Organisasi Qariah peringkat negeri Perak pada 11 Oktober 2009 di Pusat Motivasi JAMAIY Seri Ampang.
Program ini berjaya mengumpul hampir 100 orang peserta mewakili qariah tertentu serta NGO-NGO yang bernaung di bawah Jamaiy Perak.
Saudara Nazri Sahat selaku koordinator Sekreteriat Kebangsaaan Gerakan Aktivis Qariah Malaysia telah menyampaikan dua sesi ceramah dan pembentangan slide sejurus selepas ucapan aluan oleh Ustaz Zulkifli (Timbalan Pnegerusi Jamaiy Perak) dan perasmian oleh Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al Hafiz (Pengarah JAIPk)
Kini telah hampir 1000 Qariah telah dibentuk dengan kehadiran 3000 orang aktivis qariah yang aktif.
Program adalah diilhamkan oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, iaitu Presiden TERAS Pusat dan Ketua Biro Pendidikan CAP dan ia masih dalam suatu proses pembinaan dan pengukuhan.
Program akan dating antaranya adalah 7 November 2009 (setiap sabtu pertama bulanan),8 November 2009 (Latihan kedua Aktivis Qariah),5-6 Disember 2009 Lawatan Kerja/Latihan di Pulau Pinang dan penyampaian sijil. Manakala seterusnya Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Daerah bulan 1-4 2010, Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Mukim bulan 5-9 2010 danProgram Advokasi Isu Aktivis Qariah bulan 10-12 2010
GAQM (Gerakan Aktivis Qariah Malaysia) adalah sebuah program yang mempunyai jiwa dan sifatnya yang tersendiri yang digariskan seperti berikut :
1.Berdasarkan Prinsip dan Amalan Aktivisme Kemasyarakatan Yang Sebenar
2.Non Partisan Politic ( Bukan berlandaskan politik kepartian ), Non Government ( Bukan Berlandaskan Sistem Dan KaedahGerakerja Kerajaan )
3.Non Profit ( Bukan Untuk Mencari Keuntungan Materialisme ) tetapi berteraskan CSP ( Community Support Programme )
4.Bebas, Mandiri dan Berdikari Tetapi Boleh Menerima Bantuan Dari Mana-Mana Pihak Yang Memberikannya Demi Perubahan Masyarakat Tanpa Kenaan Syarat Yang Melanggar Prinsip
5. Tersendiri, Teratur Dan Penyelarasan Yang Baik Melalui Pelbagai Bahan Yang Disediakan Secara Terbuka dan Bebas.
6.Menggabungkan Kepelbagaian Sumber Dan Tenaga Dari Pelbagai Pihak Terlibat
7.Berteraskan Al Quran, Sunnah serta Hikmah Demi Mencari Keredhaan Allah swt
Terdapat 16 bidang aktivisme kemasyarakatan yang ingin digerakkan agar masyarakat kita di qariah ini benar-benar terbina secara kaffah ( menyeluruh ). Ianya adalah seperti berikut :
1.Aktivis Hal Ehwal Kepenggunaan
2.Aktivis Hal Ehwal Alam Sekitar
3.Aktivis Hal Ehwal Kesihatan
4.Aktivis Hal Ehwal Pembangunan Luar Bandar & Bandar
5.Aktivis Hal Ehwal Pendidikan Qariah
6.Aktivis Hal Ehwal Keluarga Bahagia
7.Aktivis Hal Ehwal Ekonomi Mandiri
8.Aktivis Hal Ehwal Pembinaan Generasi Muda
9.Aktivis Hal Ehwal Pembangunan Wanita
10.Aktivis Hal Ehwal Sosial dan Budaya
11.Aktivis Hal Ehwal Pengurusan Sumber Qariah
12.Aktivis Hal Ehwal Membina Kepimpinan Qariah
13.Aktivis Hal Ehwal Membina Organisasi Tempatan
14.Aktivis Hal Ehwal Penghayatan Islam Kaffah
15.Aktivis Hal Ehwal Perhubungan Dengan Kerajaan Dan Agensi
16.Aktivis Hal Ehwal Kebajikan Qariah
Sasaran seterusnya adalah untuk menubuhkan sebanyak mungkin gerakan aktivis Qariah di serata negara.
Semoga usaha gemblengan wakil Qariah yang hadir dapat merealisasikan harapan untuk membina Qariah mithali yang menerapkan cara hidup positif, sihat, berjimat cermat, cemerlang serta soleh.
Bengkel Gerakan Aktivis Qariah Kebangsaan (Siri 1)
Laporan oleh: Muhammad Nuruddin Bashah (SU Teras Perak)
Sesi 1 : Gerakan Kepimpinan Qariah- memahami Aspirasi, Perinsip, dan Gerak Kerja
Sesi 2: Keadaan Semasa Masyarakat dan Indikator Perubahan Komuniti Qariah.
Pembentang : Nazri Sahat
1.Pembentangan mengenai pertumbuhan komuniti fertility umat Islam dunia yang semakin bertambah. Pertumbuhan ini berlaku secara mendadak menjelang 15 tahun akan dating dan bertumpu juga di benua eropah dan Amerika Syarikat/Russia
2.Pembentang menerangkan dasar kerja Gerakan Aktivis Qariah Kebangsaan yang diasaskan oleh CAP dan TERAS , di Perak ia anjur oleh Jabatan Agama Islam Perak, Jamaiy Perak.
3.Diilham oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, iaitu Presiden TERAS Pusat dan Ketua Biro Pendidikan CAP.
4.Keterlibatan Saudara Nazri ke dalam CAP adalah untuk membawa balik pengalaman dan manual operasi khusus untuk rakyat Perak dan digunakan untuk kemaslahatan umat.
5.Kini telah hampir 1000 Qariah telah dibentuk dengan kehadiran 3000 orang aktivis qariah yang aktif.
6.Sijil latihan Aktivis akan dikeluarkan dan perlaksanaan adalah dititik beratkan.
7.NGO dan gerakan Islam jauh ketinggalan dalam aspek kepenggunaan, kehidupan dan elemen kritikal seperti isu gender, makanan dan krisis dunia berbanding NGO bukan Islam di serata dunia.
8.Pembentangan idea non-partisan politic, isu politik kebenaran, politik Islam, politik akhlak.
9.Bagaimana qariah aktif dan tahu mmenangani isu tempatan menurut saluran yang betul : contoh isu Pemancar Telekomunikasi di Masjid, isu parit pecah atau tersumbat akibat hakisan bukit.
10.Perbezaan perlaksaan perkhidmatan masyarakat (sosial service) yang dilakukan menurut saluran kerajaan dengan set kerja yang NGO daripada masyarakat tonjolkan.
11.Sasaran bengkel ini adalah menerbitkan organisasi kerja yang berstruktur menurut manual yang disediakan yang terdiri daripada Penyelaras, Jurulatih, Aktivis, Sukarelawan, ahli Qariah.
12.Terdapat peserta yang mengutarakan isu dakwah dan keterlibatan aktivis Qariah dengan non muslim. Saudara Nazri bersetuju menwujudkan Aktivis HE Integrasi Nasional.(Melibatkan PERKIM)
13.50 jurulatih akan direkrut dan dihantar latihan ke P.Pinang dan Kedah bersama FORUM dan WEHDAH.
14.Walaupun NGO dan non partisan, Jamiy Perak releven untuk menghasilkan aktivis yang efisien kerana keterlibatan JAIPk dan Sheikh Mohd Nor (YDP Jamiy Perak) berjaya menarik AJK Qariah yang sedia ada.
15.Program akan datang:-
Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Daerah bulan 1-4 2010
Program Latihan Kepimpinan Aktivis Qariah Mukim bulan 5-9 2010
Program Advokasi Isu Aktivis Qariah bulan 10-12 2010
Persoalan:-
Haji Zainuddin (Seri Ampang)
Ingin maklumat perkaitan permasalahan perbezaan kuasa sebenar di peringkat Qariah antara jawatankuasa masjid, JKKK (P)
Haji Hashim (Qariah Kg Cangkat Larang)
Apakah langkah-langkah untuk merealisasikan tujuan utama Bengkel ini di Qariahnya.
Zhafran (Qariah Ulu Kinta Tambun)
Sesi 3: Memprofail komuniti Qariah : Kepentingan dan Kaedah.
1.Pembentangan slide kerosakan sosial golongan remaja, pelajar, belia.
2.Suntikan kesedaran kepentingan ada golongan rujukan atau pusat untuk belia mengadu.
3.Penyelesaian menurut ayat 208-209 Al Baqarah (Islam Kaffah.
4.Pertunjukan slide iklan petronas yang menyentuh jiwa.
5.Permulaan gerakan ini bermula dengan aktivis individu yang mungkin berpusat di rumah sendiri.
6.Langkah pertama memprofail komuniti di kampung sendiri dan isi borang profail sehingga lengkap.
7.Membina aktivis yang memiliki kepedulian sosial yang tinggi dan mengelak gejala ignorance (tidak menerma hakikat bahawa sekitarnya penuh dengan kerosakan).
Pembentangan
1.Haji Zainuddin ( Qariah Surau Al Huda Kg Seri Ampang)
a.YB ADUN jarang turun padang, Hamidah turun padang walaupun bukan ADUN depa
b.Diabetis, ghout (ramai)
c.Tiada klinik khas Cuma swasta (termasuk Klinik At Taqwa)
d.Jalan ok
e.Kecurian besi/logam selalu berlaku (bermusim)
f.Kelengkapan surau dicuri juga
g.4 orang ibu tunggal (kematian suami)
h.Kawasan terbiar tidak terlalu banyak (Cuma ada kawasan pembinaan) Terjadi longgokan sampah
i.Pengajian surau hebat tetapi kehadiran hanya sekitar 20 orang sahaja.
j.Kawasan bersih Cuma longkang jarang dibersihkan oleh DBI
k.Masalah sosial pelajar politeknik ( 2 tangkap basah)
l.Kurang lepak (minor)
m.Merokok minor.
n.Kemiskinan – (tidak nyata, 5 keluarga)
o.Ekonomi- pegawai kerajaan, cina pertanian
p.Warga tua-pesara
q.Permasalahan utama- surau belum menjadi pusat gerakan dan tumpuan masyarakat.
2.Rai Yusuf ( Qariah Sultan Azlan Shah Manjong)
a.Rumah lebih kurang 3000, penduduk 10 000
b.Penyakit kencing manis, lemah jantung
c.Kemudahan asas-berlubang jalan raya(air pecah)
d.Masalah disiplin murid (ponteng duduk atas pokok dengan basikal ditarik sekali)
e.Hidu gam (Gum, vick dengan air kencing)
f.Yuran tidak bayar, ibu bapa bergadunh, krisis penceraian (masalah murid hingga ke sekolah)
g.Kes culik (penipuan ugut RM 400)
h.Ibu tunggal 6 orang (tiada wang)
i.Bantuan dari masjid dan Baitul Mal susah dapat untuk ibu tunggal.
3.Haji Yahya ( Qariah Al Mustakim Taman Meru)
a.Pelajar kerap ponteng sekolah ( 2sekolah rendah, 1 menengah)
b.Longkang kurang terurus. (pekerja lepak)
c.Bus tidak masuk taman.
d.Taman kanak-kanak terbiar.
4.Abdul Rasid ( Qariah Kg Tasek Ipoh )
a.Perlantikan jawatankuasa dipengaruhi oleh politik (masalah major)
5.Safiah (Qariah Kg Tersusun Batu 4 Tambun)
a.Penduduk bekerja profesional
b.Bersatu walaupun ada perbezaan hal politik.
c.Penyakit biasa
d.Masalah remaja baik.
e.Ramai ustaz (12 orang)
Sesi 4 : Membina Perspektif Diri Dan Komuniti – Membina Pemikiran Dinamik, Kritikal dan Original
Oleh: Cikgu Azmi (Presiden TERAS)
1.Cikgu mengambarkan betapa tenatnya sosio melayu berdasarkan feed back pengarah-pengarah filem Malaysia di seminar Penapisan Filem dan Pembentukan Masyarakat ( Anjuran KDN).
2.Ahmad tamimi Serigar mengambarkan penapisan filem bagaikan Dokumen Taliban.
3.Pemikiran pengarah Malaysia bukan menjuruskan kepada pembinaan tamadun, sejarah dan perjuangan sosial tetapi hanya fikirkan wang dan perlaburan mereka dana mengapa filem mereka tidak diluluskan.
4.Filem Raja Azmi ‘anu dalam botol’ dan Filem Gay belum diluluskan dan mereka hanya fokuskan mengapa ada peraturan penapisan Filem.
5.Persoalan Cikgu kepada YB-YB PAS dahulu ‘ anda semua sudah tiada kerjakah hingga ingin menjadi wakil rakyat”? Persoalan yang sama cikgu utarakan, adakah peserta ini tiada kerja hingga datang ke sini.
6.Sejauhmana masyarakat kita memahami konsep menghapus semua keberhalaan yang ada dalam masyarakat sejajar dengan kenyataan Syed Qutub. Keberhalaan syirik, bongkak, angkuh, sikap tidak peduli, ananiyyah, kerosakan sosial.
7.Realiti kelemahan melayu sepertimana artikel Azizi Abdullah dalam Utusan Penggunaberkenaan sepuluh melayu belum tentu setanding seorang Cina dari segi kualiti hidup, paradigma dan pengurusan sumber. Tanpa bantuan dan subsidi mereka boleh bangun dan membina empayar ekonomi dan sosial.
8.Mengapa Cina boleh menjaga tokong dengan duit sendiri, sedangkan Melayu gagal urus surau sendiri.
9.Contoh: Bila Devid Teoh bantah penapisan Filem dalam seminar KDN (yang diceritakan tadi), semua pengarah-pengarah filem berbangsa melayu tepuk tangan!
10.Ijtima Qariah Kebangsaan akan dibuat untuk memastikan perjalanan Qariah selaras dengan perancangan.
11.Cikgu terangkan ada budah 11 tahun terhuyong hayang kepadanya cerita cara bancuh air ketum dengan dibubuh racun tikus, ubat nyamuk ditumbuk dan taik lembu. Budak itu tinggal di Tanjung Dawai.
12.Input minda kena penuh untuk menjalankan sebarang kerja aktivisma. Cikgu Azmi mendisiplinkan dirinya membaca 3 buah buku sebulan, 7 akhbar sehari dan 37 majalah sebulan.
13.Jadilah Qudwah
a.Seluruh hidup saya adalah mesej saya
b.Peribadi Khuluqul Quran
c.Kebencian Allah Surah As Soff ayat 3
14.Jangan membeza-bezakan anak walaupun seorang. Hadiah dan ganjaran diberi sama sahaja walaupun akademik berbeza kerana penghayatan kepentingan setiap individu berbeza diterapkan kepada anak-anak.
15.Al Banna
a.Tidak keraskan suara di rumah
b.Tepati masa ‘kejutkan ayah 7 minit lagi’
c.Mengurus keperluan sendiri
d.Banyak menceritakan iktibar kepada si anak sejak kecil.
16.Bina perpustakaan sendiri.
Maklumat Tambahan:
1.Ijtima Bulanan Jamaiy Perak
7 November 2009 (setiap sabtu pertama bulanan)
2.8 November 2009 (Latihan kedua Aktivis Qariah)
3.5-6 Disember 2009 Lawatan Kerja/Latihan di Pulau Pinang dan penyampaian sijil.
Tugasan tambahan:
1.Maklumbalas isu tempatan oleh peserta kepada Nazri (Koordinator Kebangsaan)
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak atau JAMAIY Perak adalah suatu himpunan pertubuhan Islam Perak yang berorientasikan dakwah massa serta bekerja untuk mewujudkan biah solehah selari dengan tuntutan Al Quran dan As Sunnah
Pusat Motivasi Jamaiy Perak, No 33 a, Jalan Ampang Baru 6a, Ipoh Perak (bersebelahan Universiti Kuala Lumpur cawangan Perak) No. Akaun : BIMB 08013010066905 ( Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam PK