Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Sunday, April 26, 2009

Kerajaan dinasihat tidak mendahului Majlis fatwa Kebangsaan


Kerajaan dinasihat tidak mendahului Majlis fatwa Kebangsaan.

Jamai’y Perak berpendapat bahawa keputusan kerajaan meminda dan menetapkan keputusan kepada kes mahkamah Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam dalam hal jagaan anak adalah tidak tepat dari segi bidang kuasa.

Sebelum ini pihak kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, mengisytihar bahawa Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah iaitu anak dan perkahwinan yang didaftar melalui mahkamah sivil perlu dibubar melalui mahkamah berkenaan juga bukannya Mahkmah syariah walaupun selepas salah seorang pasangan menganut Islam.
Timbalan persatuan Peguam Syarie Musa Awang juga berpendapat bahawa, keputusan Kabinet itu telah menjangkau bidang kuasa perundangan mahkamah kerana bidang mahkamah perlu bebas dari campur tangan eksekutif.

Pihak kerajaan juga dilihat mendahului majlis fatwa kebangsaan serta mufti dalam penetapan sebarang hukum berkaitan agama Islam. Jamai’y tidak bertujuan mencampuri urusan perundangan akan tetapi ingin mengingatkan kerajaan bahawa bukan sekdar Pihak Peguam Negara diminta menilai pindaan keputusan ini, malah pihak peguam syariah serta Majlis fatwa Kebangsaan juga perlu diminta membuat kajian. Keputusan melulu pihak kerajaan bukan sekadar kelihatan tidk rofesional malah ia menjatuhkan maruah mahkamah sebagai suatu ruang bebas dalam meletakkan sebarang keputusan.

Pengerusi Jamai’y Perak

No comments:

Post a Comment