Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Monday, August 3, 2009

Muzakarah Cendiakawan Islam

KENYATAAN MEDIA
28 Rejab 1430 / 21 Julai 2009


Jaringan Muafakat Pertubohan-pertubohan Islam Perak – JAMAIY menzahirkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Mufti Perak yang telah berjaya menganjurkan Muzakarah Cendiakawan Islam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke 81 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 21 Rejab 1430 bersamaan 13-15 Julai 2009 yang lalu. Jamaiy telah menghantar sejumlah besar perwakilan ke Muzakarah ini. Setelah mengikuti semua pembentangan Kertaskerja,perbahasan daripada peserta dan rumusan dalam Resolusi Muzakarah, Jamaiy mengambil pendirian dengan penyataan-penyataan berikut:-

1. PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM

Perlaksanaan Syariat perlu dilaksanakan dalam semua aspek berasaskan maqasid syar’iyyah untuk menjaga agama , akal , nyawa , harta dan keturunan Kami merumuskan bahawa sebuah perubahan besar dan holistik perlu dilakukan segera jika kita mahu menyelamatkan negara dan umat daripada kehancuran. Pendekatan penghayatan Islam secara KAFFAH yakni ajaran Islam seutuh dan kesatuan yang padu dan tidak boleh dipecah-pecahkan. Seluruh institusi istana,pemimpin Melayu,politik,birokrasi,pendidikan,sosial,ekonomi dan rakyat hendaklah kembali kepada Islam secara kaffah

ISLAM DAN MELAYU

Tidak ada jaminan sesuatu bangsa Melayu dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya melainkan sesuatu bangsa itu memiliki sejumlah sifat keunggulan menurut piawai ketuhanan. Yang jelas Melayu yang melucutkan Islam dari dirinya, akan terlucutlah juga kemelayuannya

INSTITUSI RAJA DAN ISLAM

Institusi Raja mesti benar-benar merealisasikan kehadirannya sebagai Ketua Agama Islam. Tidak hanya disambut secara simbol semata-mata.Seluruh kehidupan peribadi dan gaya hidup istana perlu dikondisikan secara Islamik. Peruntukan dalam perlembagaan perihal kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu perlulah diterjemahkan secara bersungguh agar Islam sebagai tunjang pemerintahan negara menjadi suatu realiti yang nyata. Umat Islam masih bersandarkan kepada raja sekiranya raja menunjukkan komitmen yang bersungguh dalam menegakkan kebenaran dan keadilan


ULAMA DAN PEMERKASAAN UMAT

Ulama dicirikan oleh kesolihan, pengabdiannya kepada Tuhan dan kebaktiannya kepada umat, Ulama juga harus diterima meluas dikalangan masyarakat. Ulama adalah tempat umat menaruh kepercayaan. Ulama juga berperanan sebagai pembimbing dan pendamping raja. Ulama mesti berani dan tangkas supaya raja ditundukkan kepada syariat dan diikat dengan amanah melaksanakan keadilan, justeru ulama berperanan menjambatani dua pihak antara raja pemerintah dan rakyat


KETIADAAN KOMITMEN PEMIMPIN POLITIK & KETUA JABATAN TERHADAP PROGRAM ISLAM

Jama’iy berpendirian bahawa komitmen pemimpin politik dan Ketua Jabatan terhadap program Islam yang bertaraf negeri sangat mengecewakan . Selama kira-kira 15 tahun program Islam diperingkat negeri ini yang menyentuh pelbagai isu yang punya kaitannya dengan kepimpinan dan urustadbir diabaikan begitu sahaja. Minat dan keperihatinan golongan ini sangat rendah. Sedangkan sebahagian bersar persoalan umat yang dibincangkan adalah dibawah tanggungjawab dan perlaksanaan kerjaya mereka. Sesungguhnya faktor komitmen mereka ini merencatkan kelancaran penghayatan Islam kepada masyarakat. Pemimpin politik dan Ketua Jabatan hendaklah memberi keutamaan terhadap program tahunan ini pada masa akan datang

KOMITMEN GERAKAN ISLAM

Dalam kontek pemerkasaan Umat , peranan gerakan dan pertubuhan Islam seharusnya dimanfaatkan. Gerakan dan pertubuhan Islam, Ngo Islam mempunyai kekuatan tersendiri menerusi wilayah dan jaringan pengaruh yang melebar, kepakaran dan pengorbanan anggotanya serta amal dan kerja yang berterusan. Justeru Jama’iy berpendapat kekuatan bersama hendaklah digembelingkan sepenuhnya demi perjuangan menegakkan Islam. Umat Kita Tanggungjawab Kita

MENGHADHAM PERBAHASAN ISU UMAT ISLAM DI PERINGKAT AKAR UMBI

Persoalan dan Isu umat Islam yang sering dibahaskan hanya mampu dikongsi oleh sebahagian kecil umat Islam yang terpilih. Sedangkan isu ini mesti turut difahami dan diberi penyedaran ke peringkat masyarakat bawahan. Kefahaman dan kesedaran hendaklah diperturunkan diperingkat qaryah.

PERLAKSANAAN RESOLUSI MUZAKARAH SECARA BERKESAN

Pencurahan ilmu dan maklumat daripada Cendiakawan dan ulama dalam setiap pembentangan dalam muzakarah sangat berharga dan bermakna sekali. Kebernasan pandangan dan bahan-bahan pemikiran peserta sering ditemui. Justeru pembaziran ilmu seumpama ini tidak berlaku saban tahun. Jama’iy ingin mencadangkan beberapa langkah tindakan yang wajar diberi perhatian demi sebuah dokumen yang sangat berharga :-

a. Mengujudkan sebuah Panel Pemantau dan Pelaksana Resolusi. Keanggotaan panel ini hendaklah diwakili dari pelbagai golongan.Panel ini diurusetiakan oleh Jabatan Mufti . Kekerapan bertemu dalam tempoh 3 bulan

b. Melantik kumpulan Jurubicara Muzakarah untuk menyampaikan mesej dengan pendekatan audio-visul yang dimermudahkan

c. Menerbitkan bahan-bahan bacaan berkala hasil daripada perbahasan makalah dan pembentangan dengan isi dan bahan yang dipermudahkan

d. Memberi mandat kepada JAMA’IY untuk melaksanakan sebahagian keputusan atau keputusan Resolusi Muzakarah dengan menterjemahkan dalam bentuk program

e. Meluluskan sejumlah peruntukan bagi kos pengurusan dan pengendalian semua program yang diputuskan


Dr Khairuddin Dato Abdul Malek
Pengerusi JAMAIY
Zulkifly Haji Ibrahim
Timbalan Pengerusi JAMAIY

21 Julai 2009

No comments:

Post a Comment