Logo Jamai'y

Logo Jamai'y

Wednesday, February 18, 2009

Penyerahan Memorandum

Penyerahan Memorandum rakyat terhadap DYMM Sultan Perak.

Esok 19 Februari 2009 akan berlansung penyerahan Memorandum daripada barisan wakil-wakil NGO Islam Perak yang prihatin terhadap isu krisis hal ehwal pentadbiran negeri Perak yang sedang menghadapi krisis peralihan kerajaan. Semua wakil-wakil NGO akan berkumpul di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar untuk solat zohor serta akan bergerak ke Istana Perak pada jam 2.30 untuk penyerahan memorandum kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Memorandum kepada DYMM Sultan Perak

KUMPULAN PRIHATIN NGO ISLAM PERAK
Alamat : Kompleks Pendidikan Ummah Masjid Aulia’ Jalan Kuala Kangsar 30010 Ipoh.

MEMORANDUM
RAKYAT NEGERI PERAK

Kepada
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

MEMORANDUM
KEMBALIKAN HAK RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN
MELALUI PILIHANRAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI
DI SELURUH NEGERI PERAK

Kumpulan Prihatin NGO Islam Negeri Perak ( yang menggabungkan 25 NGOs di Negeri Perak) telah dan sedang meneliti dengan penuh minat perkembangan politik di Negeri Perak yang masih tidak menentu. Sehingga hari ini (10 Februari 2009), rakyat dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan proses rampasan kuasa yang menyayat hati. Semua ini berlaku setelah keputusan yang dibuat oleh Paduka Seri Sultan Perak tidak berdasarkan kepentingan rakyat Negeri Perak tetapi sebaliknya berdasarkan kepentingan segelintir pihak tertentu. Malah Sultan Perak dikatakan telah bertindak bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sendiri.

Kebijaksaan yang diharapkan oleh rakyat terhadap Paduka Seri Sultan Perak tidak menjadi kenyataan, apabila keputusan yang dibuat tidak berdasarkan ‘keadilan’ tetapi memihak dan berat sebelah. Buktinya, setelah YAB.Menteri Besar enggan meletakkan jawatan berdasarkan Perkara 16 (6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri, yang tidak membolehkan Menteri Besar meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatan, maka Menteri Besar baru telah diperkenankan mengangkat sumpah pada 6 Februari 2009 .

Akibatnya serentak dengan itu telah berlaku peristiwa hitam di hadapan Masjid Ubudiyah selepas solat Jumaat, rakyat menunjukkan bantahan yang sepatutnya tidak berlaku. Sepatutnya peristiwa itu dapat difahami dengan penuh pengertian, bukan ditafsirkan mengikut hasrat tersirat berterusan media perdana yang bersifat fitnah.

Penyelesaian yang terbaik dicadangkan ialah dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak , dan menyerahkan kembali hak menentukan kerajaan di tangan rakyat melalui pilihanraya.

Sesungguhnya jika telah berlaku kesilapan dalam membuat keputusan awal, maka tidaklah akan menjatuhkan maruah dan integriti institusi Raja jika dapat membetulkan kesilapan tersebut. Malah jika rakyat sendiri telah membuat pilihan kelak, maka ketika itu maruah institusi Raja akan bertambah dihormati di mata rakyat.

Memorandum ini ditandatangani oleh wakil-wakil NGO Islam Negeri Perak yang prihatin.

Organisasi Induk Jamaiy Perak

Organisasi Induk Jamaiy Perak
Dr Haji Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik
Pengerusi
Ustaz Zulkifli Bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi
Haji Zamanhuri Bin Haji Samsudin
Setiausaha Agung
Mohd Nazri Bin Sahat
Penolong Setiausaha
Haji Hani Bin Yang Kasim
Bendahari
Haji Harun Na'emi Bin Abdul Ghani
Pegawai Seranta
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media

Sunday, February 8, 2009

Program Latihan Penggerak Masyarakat Teras-Jamaiy

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM LATIHAN TENAGA PENGGERAK MASYARAKAT, TERAS.
Tarikh : 27 – 28hb Disember 2008
Tempat : Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh Perak Darul Ridzuan
Peserta : 70 Orang
Staff yang terlibat :
Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Shah Rizan Sazali
Mohd Ridzuan Yusof
Azizan Osman
Masa
Hari Pertama
Objektif
Hari Kedua
Objektif
05.50 pg
Solat Subuh / Kuliah Subuh.
Kuliah untuk pengukuhan perspektif Masyarakat.
“Membina Karektor Diri Sederhana”, Teladani Rasulullah saw.
08.30 pg
Sesi II ;
Perspektif Masyarakat dalam Pemakanan dan Kesihatan”.
Oleh CAP.
Sesi Cambah Fikiran (1 jam)
Mendedahkan peserta mengenai realiti isu Masyarakat dalam pemakanan dan kesihatan.
Mengukuhkan kefahaman peserta terhadap isu ini.
Menghurai agenda penjajahan yang wujud dalam isu ini.
10.00 pg
Rehat / Minum pagi
10.30 pg
Latihan 2
“Memahami Isu Masyarakat Setempat & Mengupaya Tindakan Penyelesaian”
Pendedahan dan Membina kepekaan peserta terhadap persekitaran.
Membina keupayaan peserta untuk mencari jalan penyelesaian masalah setempat.
Membina komitmen peserta dalam gerakkerja berkumpulan.
12.30 t.h
Rehat / Makan Tengah Hari dan Solat
02.00 ptg
Latihan 2
“Memahami Isu Masyarakat Setempat & Mengupaya Tindakan Penyelesaian”
Pendedahan dan Membina kepekaan peserta terhadap persekitaran.
Membina keupayaan peserta untuk mencari jalan penyelesaian masalah setempat.
Membina komitmen peserta dalam gerakkerja berkumpulan.
02.30 ptg
Pendaftaran Peserta
Pembahagian Kumpulan & Penginapan
03.00 ptg
Taklimat, Ta’aruf dan Ice Breaking
Menjelaskan kepada peserta mengenai tujuan dan matlamat program latihan.
Membina hubungan dan jalinan kemesraan persaudaraan dengan rasa bersama untuk memberi komitmen menjayakan matlamat program diadakan.
Sambungan
Latihan 2 ( ½ jam)
Sesi Pembentangan & Soal-jawab (½ jam)
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan dan soal-jawab untuk perkongsian idea penyelesaian.
04.00 ptg
Sesi I ;
“Membina Perspektif Kepentingan Kerja-Kerja Kemasyarakatan dan Aktivisme
Oleh ; TERAS
Membuka perspektif dan kefahaman peserta mengenai kepentingan Kerja Kemasyarakatan dan Aktivisme.
Mendedahkan realiti masyarakat kini.
Membentuk kesedaran untuk ambil tahu dan kritikal terhadap sesuatu isu masyarakat
Sambungan Latihan 2
05.30 ptg
Minum petang / Solat
Minum petang / Solat
07.00 mlm
Makan Malam/ Kuliah Maghrib
Makan Malam / Kuliah Maghrib
Mengukuhkan Perspektif Masyarakat.
“Keupayaan Merubah, Teladani Rasulullah saw.”
08.15 mlm
Latihan 1
“Mengenali Isu-isu Masyarakat Masyarakat & Perspektif Keperluan Terlibat
Sesi Cambah Fikiran (½ jam)
Pengenalan isu Masyarakat dan pengumpulan data isu lokal & luar.
Pemahaman kepentingan terlibat sebagai kepada kelompok memahami isu dan menjadi aktivis penyelesai isu Masyarakat.
Latihan 3
“Pembinaan Organisasi ; Jaringan Masyarakat Sedar”
- Pemahaman kepentingan gerakan organisasi dalam masyarakat.
- Membina komitmen langkah seterusnya.
- Merancang pelan organisasi setempat.
- Merancang geraktindak setempat.
09.30 mlm
Indoor Game
“Analisis Isu Masyarakat Semasa.”
- Peta Masyarakat Diri
- Peta Masyarakat Keluarga.
- Peta Masyarakat Masyarakat
Menghasilkan peta diri, kumpulan & masyarakat, semasa dan yang diingini.
Peserta akan terlibat secara kritikal menganalisa isu Masyarakat semasa dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Sambungan Latihan 3 ;
Sesi Cambah Minda dan Tugasan
Pembentangan
11.00 mlm
Rehat / Tidur
Sesi Pengukuhan & Kesimpulan.
Membentuk mekanisme berkesan dalam gerak kerja dan follow up.

adambukhary@yahoo.com

Penubuhan Jamaiy Perak

Pada 6 Rabiul Akhir 1427 Bersamaan 4 Mei 2006 Hari Khamis Bertempat Di Dewan Mesyuarat Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri Ipoh). Tertubuhlah Sebuah Sekretariat Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak Dengan Nama Ringkasnya JAMA’IY
Penubuhan Awal JAMA’IY Ini Adalah Untuk Menangani Gejala Murtad Yang Ketika Itu Sedang Hangat Diperkatakan. Sehingga Hari Ini, Telah Lebih 2 Tahun JAMA’IY Bergerak Di Bumi Perak Ini Dan Telah Berjaya Menyatukan Kepelbagaian Jemaah Yang Ada Mewakili Umat Islam.

JAMA’IY Juga Telah Dan Sedang Memainkan Peranan Yang Cukup Besar Menubuhkan MAPIM ( Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ) Dan Sedang Berusaha Untuk Menggerakkan Sebuah Sekretariat Pertubuhan Islam Antarabangsa Yang Diberinama Council Of Minority Muslim.

Daripada Sebuah Sekretariat, Pada Oktober 2008, JAMA’IY Melakarkan Sejarahnya Di Persada Umat Dengan Berjaya Mengadakan Persidangan Dewan Musyawarah JAMA’IY Negeri Perak Yang Pertama Dan Telah Berjaya Melantik Saf Kepimpinan Yang Baru Dengan Menubuhkan Majlis Syura JAMA’IY Dan Exco JAMA’IY Sesi 2008 – 2010.
KUASA TERTINGGI JAMA’IY Adalah Melalui Persidangan Dewan Musyawarahnya Yang Diuruskan Oleh Sebuah Majlis Yang Diberinama Majlis Syura JAMA’IY.

Majlis Syura Ini Dianggotai Oleh Seorang Yang Di Pertua Bersama Jawatankuasanya. Dewan Musyawarah JAMA’IY Akan Bersidang 2 Kali Setahun Bagi Menyelaraskan Dasar-Dasar Dan Memantau Pergerakan JAMA’IY Serta Seluruh Pertubuhan Yang Menjadi Anggota Didalamnya
Segala HAL EHWAL PENTADBIRAN JAMA’IY Pula Dikelolakan Oleh Sebuah Jawatankuasa Yang Diberinama EXCO JAMA’IY. EXCO JAMA’IY Diamanahkan Kuasa Eksekutif Pengurusan Serta Bertangunggjawab Terhadap Urusan Harian JAMA’IY Dan Mesti Melaporkannya Setiap Kali Dewan Musyawarah Bersidang. EXCO JAMA’IY Pula Dianggotai Oleh Seorang Pengerusi Yang Dinamakan Pengerusi JAMA’IY bersama saf jawatankuasanya.
Keahlian JAMA’IY Pula Terbuka Kepada Ahli Biasa, Ahli Bersekutu Dan Ahli Kehormat. Ahli Biasa Dan Bersekutu Terdiri Dari Pertubuhan-Pertubuhan Yang Mendaftar Sebagai Ahli Manakala Ahli Kehormat Adalah Individu-Individu Yang Dijemput Menjadi Ahli JAMA’IY.
Segala Urusan Berkaitan JAMA’IY Adalah Tertakluk Di Bawah Sebuah Manual KAEDAH DAN PERATURAN JAMA’IY Yang Diluluskan Oleh Dewan Musyawarah JAMA’IY. Menerusi Manual Inilah, JAMA’IY Ditadbir Dan Digerakkan Demi Mencapai Objektif Dan Aspirasinya.

Sumbangan Dana untuk Jamaiy

Keperluan Kewangan Bagi Menggerakkan JAMA’IY Ini Adalah Sangat Besar. Dengan Hampir 25 Pertubuhan Yang Menjadi Ahli Dan Kepelbagaian Masalah Yang Menimpa Umat Dewasa Ini, Maka JAMA’IY Memerlukan Sumbangan Dari Seluruh Ahli-Ahli Pertubuhan Yang Menganggotainya.


Kempen Infaq Fi Sabilillah RM10.00 Seorang Ini Ingin Disasarkan Kepada Semua Ahli Pertubuhan Yang Menganggotai JAMA’IY Dimana Sahaja Mereka Berada.
Sumbangan Ini Akan Digunakan Untuk Membiayai Kos Pentadbiran Dan Pengurusan JAMA’IY Sendiri Dan Seterusnya Dapat Diagihkan Menampung Pelbagai Aktiviti Dan Program Yang Sedang Dan Akan Dilaksanakan Oleh Semua Pertubuhan Yang Menjadi Ahli JAMA’IY Negeri Perak.


Pada Masa Ini Pertubuhan Yang Mengangotai JAMA’IY Adalah Antara Lainnya Seperti PUM, JIM, ABIM , Persatuan Cina Muslim Malaysia ( MACMA ), Teras Pengupayaan Melayu, Pusat Khidmat Sosial Islam ( PAKSI ), Institut Masyarakat Madani ( IMAD ), PERKIM, PERKIP, PEWARAK, SERUAN ISLAM, Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Islam Negeri Perak. WADAH, Dan Banyak Lagi.


Pelbagai Program Telah Dirancang Sepanjang Tahun 2009 Ini Antaranya Adalah Kongres Umat Islam Semalaysia Kali Kedua, Persidangan Mapim Kali Kedua, Persidangan Dewan Musyawarah JAMA’IY Negeri Perak Kali Kedua Dan Ketiga.



Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Sepanjang Tahun, Ceramah-Ceramah Dan Forum-Forum Khas Berkaitan Isu Umat Semasa, Hal-Hal Berkaitan Kebajikan Umat Islam Dan Program-Program Khusus Setiap Pertubuhan
Insya Allah, Sumbangan Yang Diberikan Ini Amat Besar Manfaatnya Kepada Umat Islam. JAMA’IY Mewakili Seluruh Umat Islam Di Negeri Perak Ini Mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira Dan Berbanyak-Banyak Terima Kasih Di Atas Sumbangan Yang Diberikan. Semoga Usaha Bersama Ini Akan Berjaya Meraih Keampunan, Rahmat Dan Keredhoan Allah Rabbul Izzati.
Semoga Juga Amal Islami Wal Jama’iy Yang Kita Laksanakan Ini Akan Bertambah Kehebatannya Serta Kelancarannya Dengan Sokongan Dan Bantuan Berterusan Dari Umat Islam Keseluruhannya.


"Apabila Mati Anak Adam, Maka Terputuslah Segala Amalannya Kecuali Tiga Perkara: Sedeqah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat Dan
Anak Lelaki Yang Saleh Yang Mendoakannya".
Hadith Nabi S.A.W